Semalam saya dah kongsikan sedikit info mengenai Set Kecantikan Shaklee kan? Jadi, hari ni saya nak fokus untuk setiap satu produk dalam Set Kecantikan Shaklee ni. Terdapat banyak kelebihan dalam Vitamin E, antaranya membuat kita awet muda, memperbaiki peredaran darah serta banyak lagi kelebihan-kelebihan lain. Dan yang terbaru, Vita E Shaklee telah ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yang dulu.
Kebaikan Grape Seed Extract
- Menyingkirkan radikal bebas
- Mengurangkan radang (inflammatory)
- Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
- Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
- Mencegah masalah kalenjar prostat
- Melambatkan proses penuaan
- Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
- Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
- Membantu fungsi sistem saraf otak
- Meningkatkan daya pertahanan
Vita E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha Tocopherol Concentrate dan d-alpha Tocopheryl Acetate selain lengkap dengan Selenium (as selenium yeast).
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan Vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.
Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda samada ia 'd' atau 'l'. bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.
Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan, ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.
VITAMIN E bertindak sebagai
- Awet muda
- Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
- Mengurangkan parut
- Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
- Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
- Merawat masalah keintiman
- Merawat masalah seksual lelaki
- Boleh dijadikan sebagai masker semulajadi
Masker Vitamin E
Sebelum tidur : Sapu sebiji Vitamin E sebelum tidur.
Cara : Cucuk Vitamin E dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak Vitamin E dan sapu keseluruhan muka nipis-nipis.
Atau
Pagi : Sapu muka dengan plain yogurt dan biarkan selama 5-10min. Atau boleh campur yogurt dengan sesudu kecil ESP. sapu ke muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt kering). lepas kering, basuh muka dengan pencuci muka. Kulit akan menjadi lembut.
Testimoni Vitamin E Shaklee :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan