Rabu, 14 Ogos 2013

ESP SHAKLEE - Testimoni Sendiri


Mula-mula kenal ESP ni tengok kat Facebook, ramai dok share kebaikan dia.  Rasa berminat sangat nak cuba tapi berat je nak order.  Lagipun masa tu tengah sibuk makan colagen la supplement untuk cantik la. masa tu memang macam demam ubat cantik, perempuan kan.. nak cantik sajer.. so niat tu tertangguh lama.. 
sampai la dah kawen awal tahun haritu.. sibuk persiapan, sibuk dengan majlisnye semua.. terasa badan lesu sangat, baru teringat produk ESP ni.. terus lah order.. 

Minggu pertama ambil ESP belum rasa lg perubahan. 2-3 minggu lepastu baru rasa best. travel jauh-jauh pun tak rasa penat macam sebelum ni. So, saya pun kongsi dengan suami.  mula-mula kami ambil dengan air Tropicana Twister Oren, tapi lama-lama lebih suka minum dengan air kosong je. lebih berkesan!  Minum dengan jus oren setiap hari, dalam masa seminggu kita boleh tengok kulit muka kita makin cantik. itu yang saya perasan.

Bagi yang dah berkahwin, mesti suami suka sangat ESP ni. tak caya cuba la yer..tak boleh nak cerita detail huhuu.. Selain itu, ESP ni boleh tahan lama. saya share dengan suami pun boleh tahan sampai dua bulan. So, sangat jimat. Pengambilannya pula setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. 


Kesimpulan yang dapat saya buat dengan ESP ni, ia bukan sahaja memberi tenaga kepada kita, malah ia membantu kita terutama wanita yang menjaga kecantikan kulit.  Memang sangat berkesan.  Lebih-lebih lagi saya seorang yang tak pandai memakai sebarang produk penjagaan kulit dari luaran. saya cuma pakai Fair & Lovely sepanjang hidup ni (huuhuu kesiann kan).. pencuci muka pulak asal ada je, tak pun sabun papaya yang RM4.50 tu.. jadi, saya lebih mengutamakan kecantikan dari dalaman, ia sekaligus dapat memberikan kita kecantikan luaran. 

Jadi kepada sesiapa yang belum mencuba, jangan takut untuk mencuba.. kadang-kadang kita malas nak cuba sesuatu yang baru sebab dah selesa dengan apa yang ada. tapi bila dah cuba baru kita tau kesannya, dan kita sendiri yang tak nak missed amalkan setiap hari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan